HRDuo_WEB_LOGO3HRDuo_WEB_LOGO3HRDuo_WEB_LOGO3HRDuo_WEB_LOGO3
  • HOME
  • WHAT WE DO
    • Human Resource Management Services
    • Training and Development
    • Business Management Consultancy Services
    • Publications
    • Mental Health
  • ABOUT US
    • Who We Are
    • Why Choose Us
    • Testimonials
  • CONTACT US
WHATSAPP US
✕

Fasa Kedua KLIP Dijangka Raih Pelaburan RM15 Bilion

KUALA LUMPUR: T.A.G Marine Sdn Bhd (TAG MARINE) mengunjurkan pelaburan langsung asing dan domestik sebanyak RM15 bilion bagi fasa kedua Kuala Linggi International Port (KLIP) bermula suku pertama tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif TAG MARINE, Datuk Muhammad Saifullah Noor. berkata pelaburan itu bagi membolehkan syarikat membina pulau seluas 620 ekar yang akan menempatkan kemudahan simpanan tangki dengan kapasiti 1.5 juta padu meter selain beberapa kemudahan lain.

Beliau berkata, jika bermula suku pertama 2020, pembangunan infrastruktur di pulau KLIP itu akan berjalan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“TAG MARINE ketika ini mempunyai lebih 400 pelanggan antarabangsa dan hanya menumpukan kepada perkhidmatan luar pesisir. Namun, kami mendapati permintaan semakin meningkat dan terdapat keperluan untuk mempunyai fasiliti simpanan tangki dan kemudahan lain.

“Lantaran itu TAG MARINE menjalankan fasa kedua KLIP yang menumpukan kepada kemudahan pesisir. Kami menyasarkan 70 peratus perkhidmatan luar pesisir akan dipindahkan ke pesisir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian antara TAG MARINE dengan Euronav NV di sini, hari ini.

Majlis disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengarah Urusan TAG MARINE, Datuk Seri Noormustafa Kamal Yahya.

Mengulas lanjut, Muhammad Saifullah berkata, KLIP ketika ini melabur lebih daripada RM600 juta untuk pengembangan kemudahan dan infrastruktur, aset marin, sumber manusia serta kemajuan teknologi.

Beliau berkata, pelaburan itu berjalan secara berperingkat bagi memastikan KLIP mencapai standard dan kualiti antarabangsa.

Katanya, TAG MARINE memberikan perkhidmatan kepada lebih 6,000 kapal pelbagai saiz dengan lebih 500 juta tong cecair kargo pukal dipindahkan oleh pihaknya.

“Perjanjian dengan Euronav NV juga menjadi salah satu pencapaian penting syarikat kerana KLIP akan dijadikan pelabuhan utama, hab ‘bunkering’ untuk bahan api sulfur rendah serta perkhidmatan marin,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata, projek KLIP yang dijalankan oleh TAG MARINE itu mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi setempat.

Beliau berkata, kewujudan pulau pelabuhan baharu juga dapat memberi pekerjaan kepada penduduk setempat dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Source: bharian.com.my

RECENT NEWS

  • Malaysia’s Kuala Linggi International Port To Tap Industry Partners As Expansion Plans Move Ahead
    29th November 2019
  • Ports To Become Major Economic Generator For Malacca
    24th November 2019
  • KLIP Already A Major Player In The Storage And Ship-To-Ship Transfer Game
    19th November 2019
  • Euronav Helps Malaysia’s Kuala Linggi International Port Realise Its Bunker-Hub Dreams
    19th November 2019
  • Kuala Linggi International Port’s Expansion To Commence In 1Q20
    13th November 2019

Your Partner in
Resource Management

LEAVE US A MESSAGE

Contact Us Form
CONTACT US

Address:

No 22 Jalan PJU 3/38A,
Sunway Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. 

Tel:
+6013-397 7784

+6017-300 1405

Email: [email protected]

Copyright © 2023 HR Duo Business Services PLT. All rights reserved. Designed by Jemmy Digital – Digital Marketing Agency Malaysia

Privacy Policy

WhatsApp Us